Monday, November 22, 2010

Entri yang sudah terlewat

Walaupun tajuk aku sedemikian...ku rasa still belum terlewat lagi tuk ku ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" pada semua kengkawan sekalian....

ku lambat meng'update' entri ni coz ku telah diarahkan tuk 'bercuti' (oleh en Dadi). so...sebaik orang cuti skema iaitu hanya ari Rabu a.k.a hari raya korban itself, ku telah melajakkan cuti ini sehingga ke hari minggu...;-D

pe ku buat? hmmm...x de pape yang menarik pun kerana ku hanya bangun makan-jaga baby-tolong MIL masak (bila disuruh....bertuah punya menantu!)-then, makan again/tolong buat air-tido petang-main ngan baby-makan lagi-tolong masak sekiranya diperlukan(ayat orang malas)-dan akhirnya tertidur kepenatan setelah seharian mengadap semua itu...huhu_______________penatnya menjadi aku....;-P

kemudian ku diajak pulang oleh en Dadi pada hari sabtu bukan kerana dihalau oleh MIL kerana ke'rajin'an ku...adalah kerana MIL + FIL ada kenduri kat melaka membuatkan rumah sunyi sepi sekiranya kami berkeras hati xmau balik...isk...

jadi, setelah perjalanan yang biasa tanpa sebarang perkara aneh berlaku (memandangkan balik siang, bukannya malam), kami telah melepek di rumah sahaja kerana terlalu penat download barang2 yang kami kidnap dari kampung akibat subsidi MIL+FIL yang sangat banyak contohnya seperti daging (wajib la kan)-gula-beras-dan macam2 lagi yang mengalahkan supply tuk mangsa banjir...huhu

hari Ahad pula, disebabkan terlalu buhsan berada di rumah, kami pun pergilah ke taman permainan berdekatan hanya tuk ambik angin satu badan sambil makan aiskrim walupun ku pandai buat aiskrim di rumah....

begitulah sedikit sebanyak 'update' merapu kala ku tiada idea tuk ber'karya' ni...kepada yang membaca, maaflah kiranya entri ini membuat anda ter'menyesal dan menyumpah seranah ku dalam ati kerana kebaziran masa korang yang tidak kurang melampau....

sekian, laporan saya......

peace-s

No comments: